Sunday 30 September 2012

PEMBANGUNAN SOSIAL



            Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai komposisi penduduk berbilang kaum yang agak unik di dunia ini. Bilangan penduduk asal hampir diatasi oleh bilangan migran yang datang ke negera ini sejak abad ke-19. Keadaan hubungan etnik yang berbilang ini menyukarkan pembangunan. Sebagaimana yang dapat kita lihat pada masa kini, rakyat keturunan cina atau golongan cina merupakan teraju utama ekonomi perindustrian atau perniagaan manakala rakyat Bumiputera pula memegang teraju pertanian yang bercorak sara diri. Namun begitu, masyarakat kini telah sedar betapa perlunya persefahaman antara kumpulan etnik yang berlainan kaum. Dalam hal yang sedemikian, peranan sains sosial dan ahli-ahlinya adalah sangat diperlukan. Ahli-ahli sains sosial perlu menjalankan kegiatan-kegiatan saintifik dan mengemukakan teori-teori hubungan etnik untuk kegunaan di negara ini. Kajian-kajian ini haruslah berorientasikan kehendak-kehendak masyarakat dan persekitaran yang sedia ada di negeri ini. Segala teori hubungan etnik dari Barat hendaklah disesuaikan atau diamalkan yang mana ianya bersesuaian dengan keadaan di negara ini. Fahaman bahawa tidak ada konsep perkauman atau kumpulan etnik yang lebih superior dari yang lain adalah perlu disampaikan melalui disiplin ini.
 
Bidang komunikasi juga merupakan salah satu bidang dalam pembangunan negara. Diantara alat komunikasi ialah media massa. Media massa merupakan salah satu medium dalam bidang komunikasi sama ada dalam bentuk media cetak ataupun media elektronik yang merupakan penyumbang terbesar dalam kehidupan seharian manusia. Ahli sains sosial memainkan peranan penting dalam melakukan penyelidikan dalam setiap kajian mereka. Salah satunya ialah kajian tentang pengaruh program-program televisyen terhadap pandangan setiap masyarakat tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa. Sebagaimana contoh yang dapat kita lihat disini ialah bagaimana siaran-siaran televisyen dalam menayangkan sebarang adegan-adegan yang bercorakkan keganasan yang mungkin akan mempengaruhi tingkah laku yang agresif di kalangan kanak-kanak mahupun dewasa. Kanak-kanak terutamanya mudah untuk menerima atau meniru apa jua mesej yang disampaikan oleh media massa dan ini boleh memberi impak yang buruk ke atas jiwa kanak-kanak itu sendiri. Oleh yang demikian, pihak kerajaan perlu menapis mana-mana siaran yang berunsurkan keganasan supaya masyarakat tidak mudah mempengaruhi sebarang adegan-adegan tersebut. Pihak kerajaan juga perlulah mencari alternatif lain yang lebih berkesan terhadap penggunaan media massa secara betul supaya sebarang kejadian yang tidak diingini tidak akan berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini. 
Bidang perindustrian juga merupakan bidang yang amat penting dalam pembangunan negara. Peranan perindustrian adalah untuk meningkatkan pendapatan dan pekerjaan terhadap kehidupan masyarakat. Hubungan perindustrian iaitu satu bentuk interaksi sosial dalam masyarakat industri yang melibatkan pekerja, majikan dan kerajaan. Sebagaimana yang kita tahu, sumber hasil kerajaan pada masa kini amat bergantung pada sektor moden yang mana banyak dipengaruhi oleh kadar pembangunan perindustrian. Dalam sektor industri, ahli-ahli sains sosial terutama sekali bagi mereka yang dikhususkan dalam bidang sosiologi industri dan sosiologi pekerjaan boleh memainkan peranan dalam memberi nasihat berkenaan dengan perhubungan diantara pekerja-pekerja dengan mencadangkan sebarang langkah-langkah yang sesuai bagi meningkatkan semangat mereka supaya produktiviti dalam organisasi juga meningkat. Ini adalah kerana ahli sains sosial berupaya mengaitkan hal-hal penting dengan keperluan masyarakat dan negara. Sebagai contoh yang dapat kita lihat iaitu terdapat banyak peluang bagi pembangunan perindustrian misalnya di negeri-negeri Pantai Timur yang terdapatnya pemprosesan getah, petroleum dan minyak sawit. Sektor perindustrian kini adalah sektor terbesar ekonomi di negara dengan sebahagian besar daripada output perkilangannya seperti elektronik, barangan getah, tekstil, penyaman udara dan banyak lagi produk lain dieksport ke pasaran dunia. Peranan ahli sains sosial amat penting pada masa kini untuk memastikan negara maju ke hadapan dengan hasil yang diperolehi dalam bidang perindustrian.    

tilik cermin,aku sape..? sampai bila??

...................salamualaik......
sape kita?
xpayahla nk berlagak,over sgt dengan nikmat di dunia y x lama ni...
setinggi mana kita daki, sejauh mana kita terokai, sedalam mana kita gali,..
xpayahla nk berbangga..
ingtla smua tu dr allah..kejap je nikmat tu,.kemewahan tu,kebahagiaan tu..smua tu pinjaman je deh,,ingt tu..'
bila dah mati, hanya kain putih jah membaluti tubuh..ade isteri cntik, suami caring, xleh nk wt teman pon..

hidup usia remaja,,waspada...pelbagai peluru mnembusi tembok2 iman,.tnpa perisai kalis..rebah lah.......kenali sape diri kita, xmmpu untuk mengubah hari semalam......kite hanya dapat membentuk acuan y smpurna untuk hari ni,esok,dan di hari mendatang...insyaallah



............latocher

Saturday 1 September 2012

salamualaik.......
barakallahu lakumaaaa.....

selamat hari raya buat semua kengkawan,,walaupon raya dah sikit basi,tp masih ade lagi kesempatan...hehehehehe,

pastikan setiap perkara berfaedah dan bermanfaat kpd kita,mahupon masyarakat...

wassalammmmmmm

Tuesday 5 June 2012

3 Perkara d kabulkan doa





Ketika Hajjaj Ibnu Yusuf As Saqafi pergi ke kota Basrah,berita kedatangannya telah diketahui oleh penduduk Basrah.Lalu mereka (penduduk BaSrah) pergi mengadap Imam Hassan Aal Basri untuk mengadu.Dan mereka juga mengajak Imam Hassan Al Basri untuk membunuhnya.


Dengan tenang Imam Hassan Al Basri berkata:
"Anggaplah kamu semua menang dan berhasil membunuhnya.Tetapi ketahuilah di bumi ALLAH ini tidak sedikit orang-orang seperti Hajjaj,bahkan tidak mustahil akan lahir orang yg.lebih kejam dan lebih buruk daripadanya".


Mendengar ucapan Imam Hassan Al Basri tersebut,mereka berkata:


"Kalau begitu apa yang harus kami lakukan?"
"Pulanglah kamu semua!Bersihkan hartamu dari yang haram.Dan kembalikan kepada yang berhak.Bila kalian tidak tahu siapa pemiliknya,bawalah ke masjid untuk bersedekah kpd.orang-orang fakir dan miskin.Dan barang siapa yang memelihara isteri yang haram(perempuan simpanan),hendaklah ia melepaskannya.


Tapi barang siapa yang mampu menjadikannya isteri yang sah,lakukanlah.Dan bertaubatlah kamu kepada ALLAH Azza Wa Jalla.Banyak-banyak ber'iktikaf di masjid,beribadah dan membaca Qur'an sehingga ALLAH membuka kesusahanmu."


Pulanglah penduduk Basrah setelah mereka mendengar nasihat Imam Hassan Al Basri.Mereka segera melaksanakan pesanan dan nasihat tersebut.Tidak lama kemudian,datanglah berita bahawa Hajjaj telah pulang.


"Aku tahu ia akan segera pulang!",ucap Imam Hassan Al Basri setelah mendengar berita kepulangan Hajjaj.


"Bagaimana tuan guru boleh mengetahuinya?",tanya mereka.
"Seorang hamba ALLAH jika melaksanakan 3 perkara yang telah aku sarankan,nescaya ALLAH akan memperkenankan doanya".




Pengajaran :


3 syarat doa terkabul ialah :


1-Bersihkan harta dari yang haram.


2-Jauhkan diri dan jangan menghampiri ZINA.


3-Bertaubat selalu.
wallahualammmmmmmmmmmmmmmmmmmmm............



Monday 4 June 2012

astaghfirullah...penyelesai masalah-:)



OK OK OK...
assalamualaikum adik kakok..ptg2 ni mmg ambo lmbab sikit nk nulis,.tp tiko tgh tringt ni rasonyo nk lah share gn adik kakok sikit..mendo molek wt gapo makey sore..ko guano?,,


ambo caya la.sume dlm kalangan kita ni msti ado masalah..xkira lah besar ke kecik ko..ttp ado,kito xleh lari dr masalah tu.. masalah ni kalu kito pkr dgn jln y munoh, punoh lah kito..tp kalu kito pkir dgn jln y positif..ditmbah lg dgn islam..insyaallah, masalah tu dpt hapus.. setiap masalah tu ado penyelesaian, jgn kito pkir complicated sgt..


 ambo sndiri pon prnah hadapi satu masalah y ckup bsr.. y melibatkan hati,perasaan,jiwa, n sgalanya.. y blh buat ambo jd down..jd xtntu, ilang arah..alhmdulilah, bilo ambo pkir dgn jln y positif..ditmbah dgn sokongan kwn2, family especialy mek ayh...  mnde tu ambo blh hadapi n lupa..kpd org y tlh bg kSuSahan kt sy tu..ambo doakn la bia dpt rahmat allah swt..sntiasa mndpt keredhaan...walaubgamnapun ambo ttp brtrima kasih la, mgkin ad hikmah allah telah merancang sume ni...dan alhamdulilah, y trbaik lagi telah ditetapkn utk ambo..






oklah..trimo kasih kpd shbt ambo y hadiahkn buku MENITI HARI..kandungn dlm tu ckup bez..antaranya pengamalan zikrullah terutamanya istighfar..ssetengah mnusia ni dy hnya tahu, astagfirullah ni hnya zikir simple jer, tp xtahu y sbnrnya klebihan besar.. istigfar ni blh kito amal dlm ape jua kdaan..terutama skali brdepan masalah... contoh nk lintas jpj, lesen mati doh..sudoh la,nk wt guano...istigfarla dlm ati..insyaallah allah bantu, nya buat ko jpj tu lmbut ati,, n xsoh la kito dok kutuk jpj ko gpo klu kna saman pon, blh la tuturkan astagfirullah....


duduk lain pon, xsaloh kn tanamkn istigfar dlm ati..ni dop, reboh sikit,sepak bongol sikit caro ko nk sebut mugo lain.. ingt la deh, pringatan utk ambo jgk...


ok,psl masalah ni...insyaallah, dgn mghayati istigfar, tetap dlm ati, ingt allah..insyaallah, masalah pon kita atasi dgn mudah..ati pon tenang...ni ambo sdiri lah hok alami..


ambo rase..molek jgk kito tukar skali skalo lagu hok dk dgr ari2..ape salah kito dgr alunan zikrullah etek..bia masuk dlm aty kito..supaya kito sdiri blh rasai ketenangan...


zikrullah jgk ni sbgai prisai kpd kito...d smping tu, kito dk sbut skmo puji allah skmo,ingt DY, insyaallah saat kito nk hembus nafas terakhir pon,bibir kito mudoh nk ucap kalimah syahadah.. ingt allah...tp, klu kito dk sbut mnde xmolek skmo, gitu lah sbaliknya...... secara analoginya gni lah.. kalu lah lori pasir tu eksiden, sudah tentu y tumpoh atas jln adalah pasir.. kalu lori sampah plok, y tumpoh tu mstilah sampah...




di dalam al-quran allah berfirman : "wahai orang-orang yang beriman (utk bersyukur kpd allah), ingatlah dn sebutlah nama allah dgn ingatan dan sebutan y sebanyaknya, dan bertasbihlah kamu kpdnya xkira pagi atau petang"  ((al-ahzab 41-42))


wallahualammmmmmmmmmmmm.............

Sunday 3 June 2012

kisah isteriku Liza..





"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya."Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya."Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti." "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang,20 Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya. "Rileks Liza?tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...." Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.

Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!

"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya.

Emaknya memandang Usin tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis.

PANGGG!!

Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....

moral..jgn tdo senja, jgn jd pmalas, jgn bwk keta laju..ati2 d jlnraya.,.,

Saturday 2 June 2012

ape itu latocher??

latocher??....
ok ok ok assalamualaikum wbt, latocher ni bkn namo sbnr ambo.. ambo ni skdr ciplak namo latocher. tahu dok namo rima latocher ni?..haha, meh nk oyak sikit, latocher ni adalah tmpat y jarang org tau, sbb berada di tgh hutan belantara.. tmpat ni lawa..ado air trjun setinggi lebih kurang 20 kaki kot phtu kolam luas gk 2x gnda swiming pool, n air trjun plok bertingkat..setakat ni ambo sdiri pon xsmpai lg ke puncak air terjun ni..sbb g pagi, ptg pon xsapa lg..jauh tuh!! (xcekak)..lgpon tkut gk binatang buas, situ trkenal la gn pok belang n the geng..slain tu biasa lah ade penghuni alam lain, mkhluk allah jgk..




... namo tmpt tu 'latocher' pon sbb ore tuo dlu2 bg namo..menurut mereka, lato: lata lah, 'cher' pulok bermksud air kt situ y sejukkkkk dan slalu banyak walaupun musim kmarau.... ok3, dkt tu  jgk dikenali lato mokmekna..ado sejarah menurut ore tuo dlu2..~~cerito gni, zaman jepun dlu ado wanita tuo, peg la mancing kt kolam situ (lato mokmekna) n then terjatuh,,phtu ore kmpung mulakanla operasi mncari.. tp xjupo2 shingga skrg..ade y kato dy dh msuk alam bunian..xtahulah, wallahualammm...namo wanita tuo tu la 'mok mekna'

ni tangga nk naik ke tingkat y ptama..

ok..jarak nk masuk ke latocher dr jlnraya utama atau dr kg tok kamis, adalah lbh kurg 8kilo...n stakat ni jln bertar xspenuhnya lg...kalu tyr moto botak tu, diseru xyh masuk la k.hehe..n 1 lg, kalu kreto nk msuk memey xleh la..tp sapo ado jip ke,motorkros ko..molek laa..

oklah..nnti ambo update pulok deh..xleh nk tunjuk gmbr air trjun n kolam latocher byk2, sbb ade unsur aurat,,nnti ambo update mula deh................wallahualammmmmmm