Sunday 30 September 2012

PEMBANGUNAN SOSIAL



            Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai komposisi penduduk berbilang kaum yang agak unik di dunia ini. Bilangan penduduk asal hampir diatasi oleh bilangan migran yang datang ke negera ini sejak abad ke-19. Keadaan hubungan etnik yang berbilang ini menyukarkan pembangunan. Sebagaimana yang dapat kita lihat pada masa kini, rakyat keturunan cina atau golongan cina merupakan teraju utama ekonomi perindustrian atau perniagaan manakala rakyat Bumiputera pula memegang teraju pertanian yang bercorak sara diri. Namun begitu, masyarakat kini telah sedar betapa perlunya persefahaman antara kumpulan etnik yang berlainan kaum. Dalam hal yang sedemikian, peranan sains sosial dan ahli-ahlinya adalah sangat diperlukan. Ahli-ahli sains sosial perlu menjalankan kegiatan-kegiatan saintifik dan mengemukakan teori-teori hubungan etnik untuk kegunaan di negara ini. Kajian-kajian ini haruslah berorientasikan kehendak-kehendak masyarakat dan persekitaran yang sedia ada di negeri ini. Segala teori hubungan etnik dari Barat hendaklah disesuaikan atau diamalkan yang mana ianya bersesuaian dengan keadaan di negara ini. Fahaman bahawa tidak ada konsep perkauman atau kumpulan etnik yang lebih superior dari yang lain adalah perlu disampaikan melalui disiplin ini.
 
Bidang komunikasi juga merupakan salah satu bidang dalam pembangunan negara. Diantara alat komunikasi ialah media massa. Media massa merupakan salah satu medium dalam bidang komunikasi sama ada dalam bentuk media cetak ataupun media elektronik yang merupakan penyumbang terbesar dalam kehidupan seharian manusia. Ahli sains sosial memainkan peranan penting dalam melakukan penyelidikan dalam setiap kajian mereka. Salah satunya ialah kajian tentang pengaruh program-program televisyen terhadap pandangan setiap masyarakat tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa. Sebagaimana contoh yang dapat kita lihat disini ialah bagaimana siaran-siaran televisyen dalam menayangkan sebarang adegan-adegan yang bercorakkan keganasan yang mungkin akan mempengaruhi tingkah laku yang agresif di kalangan kanak-kanak mahupun dewasa. Kanak-kanak terutamanya mudah untuk menerima atau meniru apa jua mesej yang disampaikan oleh media massa dan ini boleh memberi impak yang buruk ke atas jiwa kanak-kanak itu sendiri. Oleh yang demikian, pihak kerajaan perlu menapis mana-mana siaran yang berunsurkan keganasan supaya masyarakat tidak mudah mempengaruhi sebarang adegan-adegan tersebut. Pihak kerajaan juga perlulah mencari alternatif lain yang lebih berkesan terhadap penggunaan media massa secara betul supaya sebarang kejadian yang tidak diingini tidak akan berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini. 
Bidang perindustrian juga merupakan bidang yang amat penting dalam pembangunan negara. Peranan perindustrian adalah untuk meningkatkan pendapatan dan pekerjaan terhadap kehidupan masyarakat. Hubungan perindustrian iaitu satu bentuk interaksi sosial dalam masyarakat industri yang melibatkan pekerja, majikan dan kerajaan. Sebagaimana yang kita tahu, sumber hasil kerajaan pada masa kini amat bergantung pada sektor moden yang mana banyak dipengaruhi oleh kadar pembangunan perindustrian. Dalam sektor industri, ahli-ahli sains sosial terutama sekali bagi mereka yang dikhususkan dalam bidang sosiologi industri dan sosiologi pekerjaan boleh memainkan peranan dalam memberi nasihat berkenaan dengan perhubungan diantara pekerja-pekerja dengan mencadangkan sebarang langkah-langkah yang sesuai bagi meningkatkan semangat mereka supaya produktiviti dalam organisasi juga meningkat. Ini adalah kerana ahli sains sosial berupaya mengaitkan hal-hal penting dengan keperluan masyarakat dan negara. Sebagai contoh yang dapat kita lihat iaitu terdapat banyak peluang bagi pembangunan perindustrian misalnya di negeri-negeri Pantai Timur yang terdapatnya pemprosesan getah, petroleum dan minyak sawit. Sektor perindustrian kini adalah sektor terbesar ekonomi di negara dengan sebahagian besar daripada output perkilangannya seperti elektronik, barangan getah, tekstil, penyaman udara dan banyak lagi produk lain dieksport ke pasaran dunia. Peranan ahli sains sosial amat penting pada masa kini untuk memastikan negara maju ke hadapan dengan hasil yang diperolehi dalam bidang perindustrian.    

tilik cermin,aku sape..? sampai bila??

...................salamualaik......
sape kita?
xpayahla nk berlagak,over sgt dengan nikmat di dunia y x lama ni...
setinggi mana kita daki, sejauh mana kita terokai, sedalam mana kita gali,..
xpayahla nk berbangga..
ingtla smua tu dr allah..kejap je nikmat tu,.kemewahan tu,kebahagiaan tu..smua tu pinjaman je deh,,ingt tu..'
bila dah mati, hanya kain putih jah membaluti tubuh..ade isteri cntik, suami caring, xleh nk wt teman pon..

hidup usia remaja,,waspada...pelbagai peluru mnembusi tembok2 iman,.tnpa perisai kalis..rebah lah.......kenali sape diri kita, xmmpu untuk mengubah hari semalam......kite hanya dapat membentuk acuan y smpurna untuk hari ni,esok,dan di hari mendatang...insyaallah



............latocher

Saturday 1 September 2012

salamualaik.......
barakallahu lakumaaaa.....

selamat hari raya buat semua kengkawan,,walaupon raya dah sikit basi,tp masih ade lagi kesempatan...hehehehehe,

pastikan setiap perkara berfaedah dan bermanfaat kpd kita,mahupon masyarakat...

wassalammmmmmm